fb fb fb fb fb

Konflik Gaza, 30 orang terkorban akibat serangan terbaharu Israel

Foto AFP

GAZA, 8 November- Sekurang-kurangnya 30 rakyat Palestin terkorban selepas sebuah pesawat rejim zionis mengebom dua rumah di kem pelarian Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Memetik Agensi Berita Palestin WAFA, menurut sumber, berpuluh-puluh orang awam cedera dalam serangan udara itu, manakala yang lain masih tersepit di bawah runtuhan.

"Rejim zionis terus menyasarkan kawasan perumahan di seluruh Gaza, membunuh orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

"Pesawat berkenaan turut mengebom sebuah rumah di Al-Sabra di Bandar Gaza, sehingga menyebabkan lapan orang terkorban.

"Pesawat itu juga memusnahkan semula Masjid Al-Ikhlas di Khan Yunis, selatan Gaza.

"Masjid Al-Mustafa turut musnah," kata sumber tersebut.

Terdahulu, 26 orang terbunuh manakala berpuluh-puluh lagi cedera dalam serangan udara dilakukan Israel terhadap beberapa rumah di utara Gaza.

Artikel Berkaitan:
Israel mula sasar serangan sekitar hospital Indonesia di Gaza
Konflik di Gaza perlu dihentikan segera - Presiden Iran
Konflik Gaza, 200 orang terkorban akibat serangan terbaharu Israel
Negara-negara Arab kutuk keras kenyataan Menteri Israel guna senjata nuklear di Gaza

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM