GAZA, 7 November- Israel dilapor mula menyasarkan serangan udara berhampiran sebuah hospital yang dibiayai oleh rakyat Indonesia di Semenanjung Gaza hari ini.
Rakaman menunjukkan asap berkepul-kepul atas bangunan di sekitar hospital yang juga sebelum ini diserang oleh tentera zionis.
Serangan udara Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober lalu berulang kali menyasarkan hospital, kediaman penduduk dan rumah ibadat seperti masjid serta gereja.
Tindakan tersebut jelas telah mencabul Konvensyen Geneva.
Menurut angka rasmi, sekurang-kurangnya 10,022 penduduk Gaza termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita telah dibunuh oleh Israel sejak sebulan lalu -Reuters
ARTIKEL BERKAITAN:
Tuduhan Israel: Indonesia nafi hospitalnya di Gaza 'pangkalan' Hamas