fb fb fb fb fb

Aurora Borealis menerangi langit malam di Kyiv

Aurora Borealis/Reuters

KYIV, 7 November- Fenomena atmosfera yang jarang berlaku dikenali sebagai 'Aurora Borealis', umumnya juga disebut sebagai 'Northern Lights' atau Cahaya Utara berlaku di Ukraine, baru-baru ini.

Ia memancarkan cahaya memukau berwarna ungu, hijau dan merah di langit malam dekat wilayah sini pada Ahad lalu.

Pencahayaan semula jadi pelbagai warna disebabkan interaksi antara angin suria dan medan magnet bumi itu juga berlaku di beberapa kawasan lain.

Penduduk di Kharkiv, Chernigiv, Odesa, Kirovograd, Zaporizhzhia dan Kherson dilapor turut berpeluang menyaksikan fenomena 'Aurora Borealis' tersebut. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA