fb fb fb fb fb

China kritik pembelian makanan laut Jepun meskipun dilarang

FOTO REUTERS

BEIJING, 8 November - Kementerian Luar China berkata pihaknya tidak mahu campur tangan mengenai Amerika Syarikat (AS) yang membeli makanan laut daripada negara Jepun yang sama sekali tindakan itu bertentangan dengan China.

AS buat pertama kalinya mula membeli makanan laut Jepun untuk dibekalkan kepada tenteranya.

China sebelum ini mengenakan larangan ke atas produk sedemikian selepas Tokyo mengeluarkan air terawat dari loji nuklear Fukushimanya ke laut.

Menerusi temubual Reuters bersama-sama Duta AS ke Jepun, Rahm Emanuel, beliau berkata Washington juga harus melihat secara lebih luas bagaimana ia boleh membantu mengimbangi larangan China yang dikatakannya sebagai sebahagian daripada "perang ekonomi."

China pernah menjadi pembeli terbesar makanan laut Jepun, berkata larangannya adalah disebabkan kebimbangan keselamatan makanan.

"Bantahan tegas China terhadap pelepasan air Jepun yang tercemar dari loji janakuasa nuklear Fukushima ke laut adalah pendirian yang konsisten dan jelas. Dalam rundingan peringkat menteri antara kedua-dua negara baru-baru ini, China telah berulang kali menyatakan pendirian tegasnya kepada Jepun. Jepun telah pun melepaskannya dan masyarakat antarabangsa akan menuntut lebih kuat untuk penubuhan pengaturan pemantauan antarabangsa jangka panjang dan berkesan untuk memastikan penyertaan berkesan negara jiran Jepun dan pihak berkepentingan lain."kata Jurucara Kementerian Luar Cina, Wang Wenbin.

Badan pemantau nuklear Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memberi jaminan keselamatan pelepasan air yang bermula pada Ogos daripada loji yang musnah akibat tsunami 2011.

Menteri perdagangan G7 pada 29 Oktober menggesa pemansuhan segera larangan ke atas makanan Jepun. - REUTERS

TETITIA YUSOFF