fb fb fb fb fb

Kadar kematian akibat varian Omicron kurang berbanding varian Delta

SEOUL, 23 Februari - Individu dijangkiti varian Omicron hampir 75 peratus kurang kemungkinan menghidap penyakit kronik atau meninggal dunia berbanding mereka yang dijangkiti varian Delta.

Perkara itu berdasarkan data dunia sebenar yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan.

Kajian dijalankan oleh Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea terhadap 67,200 jangkitan yang disahkan sejak Disember lalu.

Hasil kajian menunjukkan kadar kematian akibat Omicron pada purata 0.18 peratus, berbanding 0.7 peratus bagi kes Delta.

Agensi itu mengkategorikan kes berat berdasarkan individu yang dimasukkan ke unit rawatan rapi di hospital.

Kira-kira 56 peratus daripada 1,073 individu yang meninggal dunia dalam tempoh lima minggu lalu disebabkan tidak menerima vaksin COVID-19 atau hanya menerima satu dos.

Golongan berusia 60 tahun ke atas menyumbang kepada 94 peratus kematian.

Lebih 86 peratus daripada 52 juta populasi Korea Selatan sudah menerima dua dos vaksin dan hampir 60 peratus menerima suntikan dos penggalak.

Pihak berkuasa negara Korea Selatan mula melonggarkan beberapa sekatan COVID-19, termasuk penjarakan sosial dan kuarantin kendiri untuk individu sudah lengkap vaksinasi. - REUTERS

 

Media Baharu