fb fb fb fb fb

Ivory Coast catat satu lagi kematian mpox

Pesakit mpox di wilayah Kivu Utara, Republik Demokratik Congo/Reuters

ABIDJAN, 21 Ogos- Pihak berkuasa kesihatan Ivory Coast melaporkan 28 kes mpox, dengan seorang meninggal dunia menerusi data rasmi negara Afrika Barat itu semalam.

Jumlah tersebut meningkat daripada enam kes kematian yang diisytiharkan pada 1 Ogos lepas.

Institut Kebersihan Awam Kebangsaan (INHP) memaklumkan bahawa pemantauan untuk mpox, yang dahulunya dikenali sebagai cacar monyet telah diperkukuh.

"Kita perlu memutuskan rantaian penularan, mengenal pasti kontak rapat, mengasing dan memantau pesakit," jelas Daouda Coulibaly, doktor yang bertugas di INHP.

Difahamkan kes mpox yang dikenal pasti di negara Afrika barat tahun ini adalah subjenis yang merebak ketika wabak sebelumnya pada 2022, dikenali sebagai Clade 2.

Sementara subjenis yang lebih menular dan membawa maut dikenali sebagai Clade 1b telah muncul di Republik Demokratik Congo, Burundi, Kenya, Rwanda, Uganda dan Sweden.

Lebih 500 orang telah meninggal dunia di Republik Demokratik Congo tahun ini akibat beberapa subjenis mpox.

Minggu lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global. -AFP

BERITA BERKAITAN

SITI AISHAH MD ISA