fb fb fb fb fb

Jepun lapor kematian pertama mpox

FOTO REUTERS

TOKYO, 14 Disember- Kementerian Kesihatan Jepun pada Rabu melaporkan kematian pertama akibat jangkitan mpox.

Dalam satu kenyataan media, Kementerian Kesihatan negara berkenaan berkata pesakit berkenaan adalah lelaki yang berusia 30an dan dijangkiti virus HIV.

Lelaki berkenaan juga tidak mempunyai sejarah rekod perjalanan dan menetap di daerah Saitama.

Mpox ialah jangkitan virus yang merebak melalui hubungan rapat, menyebabkan simptom seperti selesema dan keradangan.

Kebanyakan kes adalah ringan tetapi ia boleh membawa maut.

Tahun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengubah nama cacar monyet kepada mpox kerana terdapat unsur perkauman dan stigma pada nama asal jangkitan tersebut.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD