fb fb fb fb fb

Israel alami kekalahan paling teruk sejak Oktober

FOTO AFP

GAZA, 14 Disember- Israel mengumumkan tenteranya mengalami kekalahan paling teruk pada pertempuran yang telah berlanjutan lebih sebulan selepas serangan yang memusnahkan Gaza.

Keadaan tersebut diburukkan lagi dengan pengasingan diplomatik dan kematian orang awam yang semakin meningkat.

Pertempuran sengit dilaporkan masih berlaku diantara pejuang Hamas dan tentera Israel di utara dan Selatan Gaza sehari selepas Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata kemanusiaan disegerakan.

Tentera Israel berkata, 115 askarnya terbunuh setakat ini dalam perang di Semenanjung Gaza, termasuk 10 hari sebelumnya iaitu angka yang besar dalam satu pertempuran. Sepuluh kematian direkodkan pada Selasa.

Israel melaporkan jumlah tenteranya yang terkorban adalah di kawasan Shejaia di bandar Gaza menyaksikan tenteranya terpaksa membantu menyelamatkan kumpulan tentera yang lain akibat serangan pejuang Hamas di dalam sebuah bangunan.

Sementara itu, Hamas berkata keadaan itu menunjukkan tentera Israel tidak mampu bertahan lama di Gaza.

"Semakin lama Israel bertahan di Gaza, semakin banyak angka kematian dan kekalahan akan berlaku", kata jurucakap Hamas.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, sekurang-kurangnya 18,608 orang terbunuh dan 50,594 lagi cedera dalam serangan Israel ke atas Gaza sejak 7 Oktober. Sebahagian besar 2.3 juta penduduk Gaza juga kehilangan tempat tinggal.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD