fb fb fb fb fb

Hamas terus diserang, penduduk Gaza terkorban

Serangan udara Israel di Gaza, berikutan konflik berterusan dicetuskan Israel/REUTERS

BAITULMAQDIS, 14 Disember- Tentera rejim Israel terus melancarkan serangan menyasarkan pejuang Hamas , walaupun Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata dilaksanakan segera.

Serangan itu, sekali gus meningkatkan angka kematian kalangan rakyat Palestin, di Gaza.

Serangan melalui udara dan darat oleh tentera Israel, menyebabkan keadaan bertambah serius dengan kebanyakan kawasan musnah, menjadikan lebih 18,500 rakyat Palestin terbunuh. 

Di Amerika Syarikat (AS), Presiden Joe Biden menyifatkan pengeboman terhadap penduduk Gaza, hanya menjejaskan sokongan antarabangsa terhadap Israel.

Serangan pada 7 Oktober lepas menyatukan penduduk Arab, seakan serangan mengejut yang pernah berlaku pada 1973.

Turut menyatakan kebimbangan, pakar politik dari Institut Demokrasi Israel, Tamar Hermann. "Perasaan orang ramai merupakan ancaman kepada Israel," kata Hermann.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Pertahanan Knesset Yuli Edelstein dalam satu temu bual pula berkata, "Israel akan terus berusaha untuk memusnahkan tentera Hamas di Gaza."

Hamas menyifatkan pembunuhan askar menunjukkan Israel tidak akan mencapai matlamat perangnya di Gaza.

"Semakin lama berada di sana (Gaza), semakin besar jumlah kematian dan kerugian Israel. Tentera Israel akan kecewa dan rugi."- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI