fb fb fb fb fb

Malaysia ambil langkah kawalan ketat tangani mpox - KKM

Foto REUTERS

GEORGE TOWN, 20 Ogos- Malaysia mengambil langkah kawalan ketat termasuk mengadakan saringan di pintu masuk sempadan negara dalam mengesan individu yang berisiko dijangkiti mpox atau dahulunya dikenali sebagai cacar monyet, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.

Ia ekoran terdapat beberapa kematian yang dilaporkan di Thailand akibat virus berkenaan.

"Setakat ni proses yang kita lakukan adalah sama ketika pandemik..kita akan 'trigger anything' kepada agensi yang berkaitan terutama sekali di pintu masuk negara sekiranya ada keperluan.

"Kita telah mempunyai 'guidelines'…kita telah menguar-uarkan'guidelines' tersebut..semua langkah-langkah berjaga akan diambil oleh agensi yang berkenaan terutama sekali di pintu masuk imigresen, 'airport' dan sempadan-sempadan kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Sempadan Malaysia–Thailand yang ke-34 di sini.

Bukan sahaja pergerakan individu atau pelancong, malah urusan bekalan makanan juga akan menjadi fokus Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menangani virus tersebut.

Antara simptom seseorang dijangkiti mpox ialah demam, keletihan, sakit kepala, lenguh tubuh badan, sakit urat, ruam dan bintik- bintik besar pada kulit.

Individu dan kanak-kanak yang mempunyai imuniti badan rendah berisiko dijangkiti virus berkenaan.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM