fb fb fb fb fb

Israel serang sekolah, 16 orang terbunuh

Foto REUTERS

DEIR AL-BALAH, 7 Julai- Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh manakala lebih 50 lagi mengalami kecederaan dalam serangan Israel yang menyasarkan sebuah sekolah di Al-Nuseirat, semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, sekolah terbabit dijadikan tempat perlindungan bagi rakyat Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Serangan berterusan Israel terus menyasarkan orang awam di Palestin kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.

Serangan tersebut turut menyebabkan lebih 38,000 rakyat Palestin terkorban sejak konflik Israel-Hamas bermula pada Oktober lalu. - REUTERS

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM