GAZA, 5 Julai- Sekurang-kurangnya 58 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza.
Jumlah itu sekali gus menjadikan angka kematian melonjak kepada 38,111 orang manakala lebih 87,000 lagi cedera.
Sementara itu, kira-kira dua juta rakyat Palestin di Gaza kini berdepan risiko penularan penyakit kulit.
Ancaman kesihatan baharu itu, susulan pengumpulan air kumbahan antara kem-kem serta kekurangan bekalan barangan kebersihan.
Lebih membimbangkan apabila kekurangan bekalan kesihatan, memburukkan lagi komplikasi mereka dijangkiti.- REUTERS