fb fb fb fb fb

Kanak-kanak usia enam tahun terbunuh, dalam serangan di Rusia

Foto AFP

MOSCOW, 5 Julai- Seorang kanak-kanak terbunuh dan lima orang cedera dalam serangan dron di wilayah barat daya Rusia Krasnodar, kata gabenor tempatan pada Jumaat.

"Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun meninggal dunia akibat kecederaan di hospital berikutan serangan dron di Primorsko-Akhtarsk," kata gabenor di wilayah Krasnodar, Venyamin Kondratyev di Telegram.

Katanya, lima orang lagi termasuk seorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital.

Sebuah bangunan pangsapuri tiga tingkat rosak dalam serangan itu dan penduduk terpaksa dipindahkan.

"Kiev telah membuat percubaan baharu untuk menyerang tapak awam di wilayah-wilayah itu dengan dron. Namun, beberapa dron telah berjaya ditembak jatuh oleh pertahanan udara Rusia," tambah Kondratyev.

Sebuah stesen elektrik tempatan turut terjejas akibat serangan itu.

Ukraine telah meningkatkan serangannya ke atas wilayah Rusia tahun ini, menyasarkan tapak tenaga yang dikatakan membekalkan tentera Rusia serta pekan dan kampung berhampiran sempadan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM