fb fb fb fb fb

PRU UK: Lebih ramai MP wanita di Dewan Rakyat

Foto Hiasan/ AFP

LONDON, 5 Julai- Jumlah Ahli Parlimen (MP) wanita yang akan duduk di Dewan Rakyat mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum (PRU) United Kingdom (UK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Setakat 7.30 pagi (0630 GMT) pada Jumaat, seramai 261 MP wanita telah dipilih - mewakili 40 peratus daripada Dewan Rakyat - dan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.

Angka itu melepasi rekod sebelumnya iaitu 220 MP wanita dalam pilihan raya 2019.

Bilangan MP wanita telah meningkat pada setiap enam pilihan raya lepas.

Nancy Astor menjadi MP wanita pertama yang duduk di parlimen apabila beliau dipilih pada tahun 1919 selepas memenangi kerusi Plymouth Sutton dalam pilihan raya kecil.

Beliau meletak jawatan pada tahun 1945 dan meninggal dunia pada tahun 1964 pada usia 84 tahun. - BERNAMA-dpa

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI