JENIN, 7 Julai- Kementerian Kesihatan Gaza mengumumkan bahawa terdapat kes pertama demam Nil Barat di wilayah Jenin, Palestin.
Memetik agensi berita Palestin WAFA, Kementerian Kesihatan Gaza berkata warga emas adalah golongan paling berisiko dengan demam berkenaan.
"Serbuan berterusan Israel terhadap wilayah Jenin dan bandar-bandar lain di Palestin telah menyebabkan kemusnahan saluran bekalan air dan kumbahan.
"Keadaan itu akan menyebabkan pembiakan nyamuk, khususnya di wilayah Jenin," menurut WAFA.
Demam Nil Barat, penyakit yang disebabkan oleh virus bawaan nyamuk, pertama kali dikenal pasti pada 1937.
Virus itu muncul sekali-sekala dalam tempoh beberapa dekad, tetapi angka kes yang tinggi tidak pernah berlaku sebelum ini.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), simptom demam Nil Barat yang disebabkan oleh virus, termasuk sakit kepala, demam panas, pengsan, kekeliruan, koma, sawan, lemah otot, dan lumpuh.