fb fb fb fb fb

PM Jepun harap hubungan lebih baik dengan China

Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi/ AFP

TOKYO, 26 November - Jepun berharap dapat membina hubungan yang lebih baik dan komprehensif dengan China, kata Perdana Menteri Jepun, Sanae Takaichi pada Rabu.

“Jepun sentiasa terbuka kepada dialog yang membina dengan China,” kata Takaichi ketika menjawab soalan Ketua Parti Pembangkang, Yoshihiko Noda, mengenai ketegangan yang semakin meningkat dengan Beijing baru-baru ini.

“Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memaksimumkan kepentingan negara dan membina hubungan lebih baik melalui dialog bermula sekarang,” tambahnya.

Selasa lalu, Takaichi menerima panggilan telefon kali pertama daripada Presiden Amerika Syarikat (AS)Donald Trump, sejak kenyataan pemimpin Tokyo yang mencetuskan ketegangan diplomatik dengan China.

Takaichi berkata Trump memaklumkan perkembangan hubungan A.S-China, termasuk panggilan telefon pada Isnin (24 November) dengan Presiden China, Xi Jinping.

Kenyataan Takaichi awal bulan ini bahawa kemungkinan serangan China ke atas Taiwan boleh mencetuskan tindakan ketenteraan Jepun, menimbulkan kemarahan Beijing, termasuk boikot perjalanan ke Jepun.

ROSLINA BINTI DIN