fb fb fb fb fb

Lapan maut, ribuan terjejas banjir di Indonesia

Foto REUTERS

SIBOLGA, 26 November – Lapan orang dilaporkan maut manakala lebih 2,000 penduduk terpaksa dipindahkan selepas banjir melanda wilayah Sibolga, Sumatera Utara, Indonesia, menurut agensi mitigasi bencana negara itu pada Rabu.

Hujan lebat sepanjang malam mencetuskan banjir serta tanah runtuh di beberapa kawasan, menyukarkan pergerakan penduduk dan menimbulkan risiko keselamatan yang tinggi.

Rakaman yang disediakan media tempatan menunjukkan pasukan penyelamat menggunakan bot getah pada Selasa (25 November) untuk sampai kepada penduduk yang terperangkap akibat air banjir.

Agensi pencarian dan penyelamatan Indonesia menasihatkan orang ramai agar menjauhi kawasan berisiko banjir, memandangkan hujan lebat dijangka berterusan di beberapa kawasan di wilayah itu. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN