fb fb fb fb fb

Euro 2024: England tewaskan Switzerland, melangkah ke separuh akhir

Foto AFP

DUSSELDORF, 7 Julai- England berjaya melangkah ke separuh akhir Euro 2024 selepas menewaskan Switzerland 5-3 melalui penentuan penalti di Dusseldorf pada Sabtu.

The Three Lions menguasai permainan namun sukar menembusi pertahanan Switzerland.

Peluang gol terbaik England pada separuh masa pertama hadir menerusi rembatan Kobbie Mainoo namun dipatahkan pemain tengah Granit Xhaka.

Selepas rehat, Switzerland lebih agresif dan mencipta peluang gol menerusi Breel Embolo, yang memaksa penjaga gol England Jordan Pickford bertindak cemerlang.

Embolo akhirnya menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-75 hasil hantaran Dan Ndoye.

England menyamakan kedudukan lima minit kemudian apabila Bukayo Saka melakukan rembatan tepat yang menewaskan Yann Sommer.

Dalam masa tambahan, kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol tambahan, memaksa penentuan penalti.

England menyempurnakan semua sepakan penalti, manakala Manuel Akanji dari Switzerland gagal menewaskan Pickford, sekali gus melayakkan The Three Lions ke separuh akhir.

England akan bertemu Belanda di separuh akhir selepas mereka menewaskan Turkiye 2-1 pada Sabtu.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM