KATHMANDU, 7 Julai- Sekurang-kurangnya 47 orang terkorban dalam insiden banjir dan tanah runtuh di Nepal.
Menteri Buruh, Pekerjaan dan Keselamatan Sosial Nepal, Dol Prasad Aryal berkata kejadian berkenaan berpunca daripada hujan monsun di negara tersebut.
"Empat orang terkorban dalam kejadian banjir manakala 24 lagi terkorban dalam insiden tanah runtuh.
"Seramai 19 orang lagi terbunuh dalam serangan kilat," katanya ketika berucap di Dewan Undangan Negeri di sini.
Banjir teruk di ibu kota Kathmandu telah menenggelami kediaman, kenderaan serta jalan raya.
Ia turut memaksa penduduk mengharungi banjir itu untuk melakukan tugas harian mereka.
Tanah runtuh dan banjir kilat adalah perkara biasa di Nepal.
Kejadian sedemikian telah menyebabkan ratusan orang terkorban setiap tahun.
Hujan monsun tahunan di Nepal yang bermula sejak pertengahan Jun, kebiasaannya berterusan sehingga pertengahan September. - REUTERS