fb fb fb fb fb

Taiwan cadang bajet pertahanan AS$40 bilion hadapi tekanan China

Presiden Taiwan Lai Ching-te/ AFP

TAIPEI, 26 November - Taiwan akan memperkenalkan bajet tambahan pertahanan kira-kira AS$40 bilion bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi ancaman China yang semakin meningkat, kata Presiden Taiwan Lai Ching-te pada Rabu.

Langkah itu dibuat ketika Washington terus mendesak Taipei meningkatkan perbelanjaan pertahanannya, seiring tekanan yang dikenakan Amerika Syarikat terhadap negara-negara Eropah untuk memperkukuh keupayaan ketenteraan masing-masing.

Presiden Lai Ching-te pada Ogos lalu menyatakan harapan untuk menaikkan perbelanjaan pertahanan kepada lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030. Ia bagi memastikan pulau itu mempunyai keupayaan mencukupi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau memperkenalkan pakej bernilai T$1.25 trilion (AS$39.89 bilion), serta menegaskan bahawa sejarah membuktikan sebarang percubaan untuk berkompromi menghadapi pencerobohan hanya membawa kepada perhambaan.

“Kedaulatan Taiwan tidak boleh dicabuli atau dirampas dan masa depan Republik China Taiwan akan ditentukan oleh 23 juta rakyat Taiwan. Ini adalah status quo yang mesti kita pertahankan,” katanya pada sidang media di Pejabat Presiden.

China, yang menganggap Taiwan sebagai wilayahnya, telah meningkatkan tekanan ketenteraan dan politik, namun Taipei menegaskan akan terus mempertahankan hak menentukan masa depannya tanpa campur tangan luar.-REUTERS

ROSLINA BINTI DIN