fb fb fb fb fb

PM baharu Britain hentikan rancangan Rishi Sunak untuk hantar migran ke Rwanda

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer / AFP

LONDON, 6 Julai- Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer memaklumkan pihaknya tidak akan untuk meneruskan rancangan utama kerajaan sebelum ini untuk menghantar migran ke Rwanda.

"Skim Rwanda telah mati dan terkubur sebelum ia bermula, saya tidak bersedia untuk meneruskan gimik yang tidak bertindak sebagai penghalang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar pertamanya.

Bekas Perdana Menteri, Rishi Sunak telah berjanji untuk menghantar migran dan pencari suaka ke Rwanda menerusi satu rancangan bernilai jutaan paun yang sangat kontroversi walaupun mendapat tentangan daripada kumpulan hak asasi manusia dan keputusan kehakiman.

Isu imigresen telah menjadi modal politik yang semakin penting sejak United Kingdom meninggalkan Kesatuan Eropah pada 2020, sebahagian besarnya atas janji untuk "mengambil semula kawalan" sempadan negara.

Starmer berkata sebelum ini dasar Sunak bukanlah penghalang atau nilai untuk wang.

Dianggarkan seramai 12,313 orang telah menyeberang ke Britain setakat tahun ini, meningkat 18 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas, kata Pejabat Dalam Negeri UK bulan lalu.

Terdapat 29,437 ketibaan sepanjang 2023, penurunan sebanyak 36 peratus pada rekod 45,774 ketibaan pada 2022.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE