fb fb fb fb fb

Israel halang Ketua UNRWA memasuki Gaza

Ketua agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA), Philippe Lazzarini / Foto Reuters

BAITULMAQDIS, 6 Mei - Ketua agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin (UNRWA) pada Ahad berkata pihak berkuasa Israel telah menghalangnya daripada memasuki Gaza untuk kali kedua sejak perang Israel-Hamas bermula, 7 Oktober lalu.

“Minggu ini, mereka telah menafikan buat kali kedua kemasukan saya ke Gaza di mana saya merancang untuk bersama rakan-rakan UNRWA kami termasuk mereka yang berada di barisan hadapan,” tulis Philippe Lazzarini di X.

Lazzarini sudah empat kali ke Gaza sejak perang meletus termasuk pada 17 Mac lalu.

“Pihak berkuasa Israel terus menafikan akses kemanusiaan kepada Pertubuhan Bangsa Bersatu,” katanya.

“Hanya dalam tempoh dua minggu lalu, kami telah merekodkan 10 insiden melibatkan tembakan ke arah konvoi, penahanan kakitangan PBB termasuk buli, ugutan menggunakan senjata dan juga kelewatan yang lama di pusat pemeriksaan yang memaksa konvoi bergerak semasa gelap,” kata Lazzarini.

Lazzarini turut menggesa "penyiasatan bebas" terhadap tembakan roket yang membawa kepada penutupan persimpangan bantuan utama Israel-Gaza.

Seramai 16 penduduk Palestin terbunuh dalam serangan terbaharu tentera rejim Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Petugas perubatan dan pasukan bantuan kecemasan mengatakan bedilan itu dilakukan beberapa jam selepas Hamas mengaku melancarkan roket yang membunuh tiga tentera Israel pada Ahad.-REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN