
SEGAMAT, 5 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri supaya menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri yang diadakan secara berkala.
- Mesyuarat penting untuk bincangkan isu kritikal negeri, termasuk penyelesaian isu tanah generasi kedua FELDA.
- Perdana Menteri panggil pengurusan Felda ke Pejabat Perdana Menteri dan tetapkan pertemuan bersama wakil peneroka.
- Dalam sebulan akan diadakan mesyuarat antara Perdana Menteri, premier, menteri besar dan ketua menteri; diharap semua hadir.
Beliau berkata mesyuarat itu penting bagi membincangkan isu kritikal setiap negeri, termasuk penyelesaian isu tanah generasi kedua FELDA.
“Insya-Allah saya hendak beritahu Yuneswaran ahli parlimen, dua minggu ini cara saya kerja. Esok saya panggil pengurusan Felda ke Pejabat Perdana Menteri.
“Hari Selasa Hari Peneroka. Dalam tempoh dua minggu, Yuneswaran sebagai ahli parlimen akan jumpa wakil-wakil peneroka untuk bincang apa yang kita putuskan, apa yang boleh dilakukan. Dalam tempoh sebulan saya akan mengadakan mesyuarat di antara Perdana Menteri dengan Premier, menteri-menteri besar dan ketua menteri, harap semua menteri besar hadir”, katanya.
Beliau berucap semasa Program Jelajah Harapan Felda Bersama PMX di Dataran Putra Palong Timur 2, Segamat, Johor.