Kontroversi Podcast: Albanese mohon maaf kepada Kylie Minogue

Foto AFP

SYDNEY, 6 Julai – Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese memohon maaf selepas kenyataannya dalam sebuah temu bual podcast komedi yang merujuk kepada penyanyi terkenal, Kylie Minogue, mencetuskan kecaman meluas di negara itu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kenyataan Albanese dalam podcast komedi mengenai Kylie Minogue menimbulkan kecaman meluas.
  • Jawapannya dianggap tidak sesuai dan disifatkan oleh ahli politik sebagai tidak menghormati tokoh hiburan negara.
  • Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan permohonan maaf tanpa syarat dan mengakui kesilapan pertimbangan.

Dalam wawancara berkenaan, Albanese ditanya mengenai pilihan selebriti Australia dalam satu segmen bersifat santai dan tidak rasmi.

Namun, jawapan beliau yang dianggap tidak sesuai telah mengundang kritikan pelbagai pihak termasuk ahli politik tempatan yang menyifatkannya sebagai tidak menghormati tokoh hiburan negara.

Susulan kontroversi itu, pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Albanese memohon maaf tanpa syarat atas kenyataan tersebut dan mengakui ia adalah satu kesilapan pertimbangan.

Kylie Minogue yang digelar “Puteri Pop Australia” merupakan penyanyi antarabangsa yang mula mencipta nama menerusi drama bersiri ‘Neighbours’ sebelum mencapai kejayaan besar dalam industri muzik global.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.