GAZA, 26 Januari- Sekurang-kurangnya 183 orang awam maut manakala 377 lagi cedera dalam serangan Israel dalam tempoh 24 jam lalu.
Memetik agensi berita Palestin, WAFA, Bulan Sabit Merah Palestin berkata sebilangan besar mereka yang terbunuh atau cedera masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Katanya, penjajah Israel menghalang ketibaan ambulans dan kru pertahanan awam untuk memberikan bantuan di kawasan yang menjadi sasaran, terutamanya di wilayah selatan Khan Yunis.
Bukan itu sahaja, beberapa orang awam juga cedera akibat tembakan kereta kebal Israel di sekitar Hospital Al-Amal.
Angka baharu itu menjadikan korban terkini di Gaza meningkat kepada 26,083 dengan 64,487 individu cedera sejak konflik Israel-Hamas bermula Oktober lalu.
Artikel Berkaitan:
Lebih 625,000 pelajar hilang pendidikan di Gaza
Korban Palestin meningkat lebih 26,000 nyawa
Akses rawatan perubatan, langkah konkrit perlu diambil di Gaza
Tragedi Gaza bukan peperangan tetapi pembunuhan besar-besaran
Rakyat Palestin, seluruh dunia menanti keputusan ICJ