fb fb fb fb fb

Seludup sumbu badak, lelaki Afrika Selatan dipenjara dua tahun

Foto AFP

SINGAPURA, 26 Januari- Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada seorang lelaki Afrika Selatan pada Jumaat kerana menyeludup sumbu badak.

Gumede Sthembiso Joel, 33, dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menggunakan sumbu badak tanpa permit yang sah.

Sthembiso ditahan di Lapangan Terbang Changi Singapura pada 2022 selepas pihak berkuasa menemukan 20 ketul sumbu badak seberat 34.7 kilogram di dalam begnya.

Beliau ditahan semasa dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura.

Sementara itu, Lembaga Taman Negara Singapura (NParks) berkata barangan itu bernilai kira-kira SG$1.2 juta (AS$895,000).

"Ia merupakan rampasan terbesar sumbu badak di Singapura. Ini adalah hukuman paling berat yang dijatuhkan di Singapura setakat ini bagi kes yang melibatkan penyeludupan bahagian hidupan liar," menurut kenyataan tersebut.

Sumbu badak dianggap mempunyai khasiat perubatan di Asia serta digunakan sebagai perhiasan diri dan rumah. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM