fb fb fb fb fb

ICJ arah Israel perbaiki situasi di Gaza

Foto AFP

THE HAGUE, 26 Januari- Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan Israel mencegah daripada melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap penduduk Palestin.

Dalam keputusan penghakiman, ICJ turut mengarahkan Israel mengambil segala langkah untuk membaiki situasi kemanusiaan di Gaza.

ICJ bagaimanapun tidak mengarahkan gencatan senjata dikuatkuasakan di Gaza seperti diminta Afrika Selatan.

Walaupun, tidak memutuskan merit dakwaan pembunuhan beramai-ramai, ICJ tidak mengetepikan tuduhan genosid tersebut.

Sebaliknya, mahkamah tersebut memutuskan penduduk Palestin masih dilindungi di bawah Konvensyen Genosid 1948.

Awal bulan ini, Afrika Selatan mengemukakan kes berkenaan ke mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Afrika Selatan meminta beberapa langkah kecemasan termasuk Israel menangguhkan operasi ketenteraan di Gaza dan membenarkan bantuan kemanusiaan mencukupi, memasuki wilayah Palestin itu. - AFP

Artikel Berkaitan:
Rakyat Palestin, seluruh dunia menanti keputusan ICJ
Hamas akan patuh gencatan senjata jika diarah ICJ
Malaysia dukung langkah Afrika Selatan di ICJ

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM