fb fb fb fb fb

Israel bom sekitar Hospital Indonesia di Gaza malam tadi

Letupan besar-besaran dari arah Hospital Indonesia di utara Gaza malam tadi/AFP

GAZA, 10 November- Sebilangan orang awam terbunuh dan cedera dalam pengeboman ganas zionis yang menyasarkan kawasan Hospital Indonesia di utara Gaza, malam tadi.

Memetik laporan Agensi Berita Palestin (WAFA), pesawat tentera Israel melancarkan beberapa siri serangan di sekitar hospital yang menempatkan puluhan ribu pesakit, majoritinya kanak-kanak dan wanita.

Menurut sumber tempatan, pengeboman itu menyebabkan kerosakan serius kepada beberapa kemudahan hospital, serta panik dalam kalangan orang awam yang mencari perlindungan.

Bulan lalu, pesawat zionis turut mengebom Hospital Bapitst di sini membunuh hampir 500 orang awam, termasuk kanak-kanak dalam pembunuhan beramai-ramai paling kejam sejak serangan Israel di wilayah itu bermula pada 7 Oktober lalu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Gaza dalam kemas kini terkini memaklumkan jumlah rakyat Palestin yang terbunuh sejak awal pencerobohan Israel ke atas Gaza telah meningkat kepada 10,966.

ARTIKEL BERKAITAN:
Israel mula sasar serangan sekitar hospital Indonesia di Gaza
Tuduhan Israel: Indonesia nafi hospitalnya di Gaza 'pangkalan' Hamas

SITI AISHAH BINTI MD ISA