fb fb fb fb fb

Pegawai tentera Israel 'dakwa' tiada krisis kemanusiaan di Gaza

Moshe Tetro/AFP

NITZANA, 10 November- Israel menafikan berlaku krisis kemanusiaan yang teruk di Gaza walaupun ketika ini lebih 10,000 penduduk wilayah itu telah dibunuh oleh zionis sejak 7 Oktober lalu, serta beratus-ratus serangan menyasarkan kemudahan awam seperti hospital dan kem pelarian.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Penyelarasan Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT), Kolonel Moshe Tetro.

"Kami tahu keadaan sivil di Semenanjung Gaza bukanlah satu yang mudah.

“Tetapi saya boleh katakan bahawa tidak ada krisis kemanusiaan di Gaza," dakwanya kepada pemberita di pos sempadan Israel dan Mesir di sini.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menegaskan bahawa krisis di Gaza adalah bencana kemanusiaan yang dahsyat.

"Dunia sedang menyaksikan bencana kemanusiaan yang berlaku di hadapan mata kita," tegasnya.

Sejumlah 10,800 penduduk direkodkan terbunuh dalam serangan Israel, menurut angka rasmi Kementerian Kesihatan Gaza. -AFP

SITI AISHAH BINTI MD ISA