fb fb fb fb fb

IHP Korea Selatan pada Mac naik pada kadar paling pantas

SEOUL, 6 April - Indeks Harga Pengguna Korea Selatan pada Mac naik pada kadar paling pantas dalam tempoh lebih sedekad.

Keadaan itu didorong peningkatan kos tenaga susulan pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine.

(FOTO AFP)

Ia sekali gus meningkatkan lagi jangkaan Bank of Korea akan menaikkan lagi kadar faedah pada mesyuaratnya akan datang bagi mengawal peningkatan harga.

Data Statistik Korea menunjukkan, Indeks Harga Pengguna negara itu melonjak 4.1 peratus atas tahun, iaitu yang terpantas sejak Disember 2011.

IHP tersebut dijangka boleh meningkat lagi.-AFP

Media Baharu