fb fb fb fb fb

Hubungan China-India beri kesan penting - Wang

Wang Yi/ REUTERS

BEIJING, 26 Julai- Menteri Luar China Wang Yi mengharapkan China dan India akan bergerak seiring dalam mencapai satu matlamat sama selain meneroka hubungan dua hala kedua-dua negara, katanya dalam satu kenyataan.

Kementerian Luar China dalam satu kenyataan berkata, Wang dalam perbincangan dengan rakan sejawatannya dari India menyifatkan hubungan China-India mempunyai kesan penting dua hala.

"Adalah demi kepentingan kedua-dua pihak untuk mengembalikan hubungan China-India ke landasan yang betul," kata Wang mengenai rundingan dengan Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI