fb fb fb fb fb

Hampir 200,000 kanak-kanak Palestin terima vaksin polio

Foto AFP

GAZA, 5 September- Fasa pertama kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza telah diselesaikan, dengan hampir 200,000 kanak-kanak Palestin menerima dos pertama vaksin berkenaan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pihaknya menyasarkan untuk memberi vaksin tersebut kepada lebih 640,000 kanak-kanak di wilayah yang terkepung itu.

"Lebih 187,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di tengah Gaza telah mendapatkan vaksin itu dalam tempoh antara 1 hingga 3 September," menurut kenyataan itu.

WHO menganggarkan bahawa hampir 157,000 kanak-kanak di bawah umur 10 tahun di Gaza memerlukan vaksin berkenaan, tetapi mengakui bahawa anggaran itu adalah rendah.

Sementara Ketua WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berterima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program terbabit.

"Kami berterima kasih atas dedikasi semua keluarga, pekerja kesihatan dan pemberi vaksin yang menjadikan bahagian kempen ini berjaya walaupun dalam keadaan genting di Jalur Gaza," katanya di aplikasi X.

Terdahulu, Gaza merekodkan kes pertama jangkitan virus polio dalam tempoh 25 tahun ketika wilayah itu terus bergelut dengan konflik yang berpanjangan.

Virus polio, paling kerap merebak melalui kumbahan dan air yang tercemar.

Ia boleh menyebabkan kecacatan dan lumpuh serta boleh membawa maut, selain memberi kesan terutamanya kepada kanak-kanak di bawah umur lima tahun. - AFP

BERITA BERKAITAN: 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM