fb fb fb fb fb

Korban banjir dan tanah runtuh di Pulau Sumatera terus meningkat, cecah 174

Antara kediaman yang musnah dalam bencana alam di Pulau Sumatera, Indonesia / Foto REUTERS

JAKARTA, 28 November - Jumlah korban akibat banjir dan tanah runtuh di pulau Sumatera, Indonesia meningkat kepada 174.

Kira-kira 80 yang lain masih hilang.

“Sehingga petang ini (Jumaat), kami telah merekodkan 116 kematian di Sumatera Utara. Manakala, 42 lagi masih dikesan,” kata Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Nasional, Suharyanto.

Beliau berkata, 35 lagi terkorban di wilayah Aceh, manakala 23 lagi maut di Sumatera Barat. - AFP

EMMI NORALIZA ADNAN