ISTANBUL, 29 November - Sebuah kapal tangki Rusia meletup ketika belayar di Laut Hitam berhampiran Selat Bosphorus, Turkiye pada Jumaat.
Menurut pihak berkuasa Turkiye, letupan berkenaan menyebabkan kebakaran besar di ruang enjin kapal berkenaan.
Ketika kejadian, kapal yang dikenali sebagai Kairos dalam perjalanan menuju ke pelabuhan Novorossiysk, Rusia, kira-kira 28 batu dari pantai Turkiye.
Kementerian Pengangkutan Turki berkata dua bot penyelamat bersama sebuah kapal tunda, dan sebuah kapal tindak balas kecemasan segera dihantar ke lokasi kejadian.
Kesemua 25 kru kapal berjaya diselamatkan.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, sumber yang sama turut memaklumkan kapal tangki kedua iaitu virat juga dilaporkan mengalami letupan di bahagian timur Laut Hitam.
Kedua-dua kapal disenaraihitamkan sebagai kapal yang dikenakan sekatan susulan pencerobohan berskala penuh Rusia ke atas Ukraine pada 2022, menurut data LSEG. - REUTERS