fb fb fb fb fb

Peperangan, krisis alam sekitar ancaman masa depan kemanusiaan

Pope Francis dan Presiden Indonesia, Joko Widodo (tidak dalam gambar), menghadiri pertemuan bersama pihak berkuasa Indonesia, masyarakat sivil, dan kor diplomatik di Istana Presiden di Jakarta semalam/Foto AFP

JAKARTA, 5 September -  Ketua tertinggi agama Kristian (Pope Francis) menyuarakan kebimbangan bahawa peperangan dan krisis alam sekitar kini menjadi ancaman serius kepada masa depan kemanusiaan.

Pope Francis menegaskan bahawa konflik bersenjata dan kemerosotan alam sekitar bukan sahaja mengancam keamanan global tetapi juga menghalang pertumbuhan dan kesejahteraan bersama.

Justeru, beliau menyeru agar semua agama memainkan peranan bersatu dalam usaha menyelesaikan masalah global ini selepas menandatangani perisytiharan bersama di sebuah masjid di Indonesia.

“Kita perlu memikul tanggungjawab dalam menangani krisis yang semakin memburuk ini, termasuk peperangan, konflik serta krisis alam sekitar. Semua ini menjadi penghalang kepada pertumbuhan dan keharmonian bersama dalam kalangan masyarakat dunia,” ujar Pope Francis dalam ucapannya di Jakarta, hari ini.

Beliau menekankan bahawa krisis ini bukan sahaja memberi kesan kepada hubungan antara negara, tetapi turut menghalang pembangunan dan kesejahteraan bersama umat manusia. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN