fb fb fb fb fb

Bot karam, enam maut di Peru

Foto AFP

LIMA, 5 September- Sekurang-kurangnya enam orang maut manakala tiga lagi hilang selepas sebuah bot penumpang karam di sungai di Amazon, Peru pada Rabu.

Menurut Kapten Tentera Laut Jonathan Novoa, kemalangan itu berlaku pada awal pagi apabila bot yang membawa 48 penumpang, termasuk beberapa guru, melanggar kayu balak di sungai terbabit.

"Setakat ini, enam mangsa maut dalam kemalangan di Sungai Ucayali. Mangsa berumur antara 30 hingga 45 tahun," katanya kepada stesen televisyen Peru Noticias.

Menurut media tempatan, sebilangan besar penumpang diselamatkan oleh bot-bot lain.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot berkenaan sedang dilakukan pasukan polis serta tentera laut.

Pejabat pendakwa raya telah membuka siasatan terhadap kes tersebut. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM