fb fb fb fb fb

Hamas henti serang jika Israel setuju syarat gencatan senjata

Foto AFP

BAITULMAQDIS, 25 Oktober- Hamas bersedia untuk menghentikan pertempuran sekiranya Israel bersetuju dengan syarat perjanjian gencatan senjata.

Jurucakap pegawai kanan Hamas memaklumkan bahawa pihaknya telah membincangkan beberapa cadangan mengenai gencatan senjata dengan pegawai Mesir di Kaherah.

"Hamas menetapkan syarat-syarat seperti penarikan tentera Israel dari Gaza, kepulangan penduduk yang dipindahkan, pertukaran tahanan, dan akses bantuan kemanusiaan ke Gaza," katanya kepada AFP.

Ketua Mossad, David Barnea dijadualkan untuk berangkat ke Qatar pada Ahad bagi meneruskan rundingan mengenai pembebasan tebusan di Gaza, yang kini masih berbaki 97 orang daripada 251 tebusan yang ditahan sejak konflik Israel-Hamas bermula 7 Oktober lalu. - AFP

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM