fb fb fb fb fb

Keadaan di utara Gaza sangat mengerikan

Foto AFP

GENEVA, 20 Oktober - Kekejaman rejim Zionis di utara Gaza perlu dihentikan segera.

Demikian ditegaskan Pemangku Ketua Pasukan Kemanusiaan, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Joyce Msuya.

Beliau menyifatkan, keadaan di utara wilayah yang dikepung tentera Israel itu sangat mengerikan.

"Di Jabalia, orang ramai terperangkap di bawah runtuhan dan usaha menyelamat mangsa pula disekat,

"Puluhan ribu rakyat Palestin dipindahkan secara paksa. Bekalan keperluan semakin kehabisan. Hospital dipenuhi dengan pesakit,

"Kekejaman ini mesti dihentikan," kata Msuya.

Tindakan rejim zionis melakukan serangan besar-besaran di wilayah itu kononnya bagi mengelak pejuang Hamas kembali menguasai utara Gaza.

Agensi pertahanan awam Gaza pada Sabtu berkata operasi ketenteraan Israel di utara Gaza telah membunuh lebih 400 orang dalam masa dua minggu.-AFP

Trainee2