GAZA, 20 Oktober - Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin maut serangan udara Israel ke atas kawasan perumahan di utara wilayah Gaza.
Perkara itu dinyatakan Jurucakap Agensi pertahanan awam Gaza Mahmud Bassal.
Jurucakap agensi pertahanan awam Gaza Mahmud Bassal, berkata ramai mangsa cedera dan yang maut masih berada dibawah runtuhan.
"Anggota kami menemui 73 jasad penduduk terbunuh dan ramai lagi mengalami kecederaan,
"Serangan tentera udara Israel menyasarkan kawasan perumahan di Beit Lahia, utara Gaza,” Bassal memberitahu AFP.
Pejabat media kerajaan Gaza mengesahkan jumlah korban tersebut.
Serangan itu berlaku di kawasan perumahan padat penduduk, mangsa yang maut termasuk wanita dan kanak-kanak.-AFP