BEIRUT, 20 Oktober - Kumpulan Hizbullah mengesahkan telah melancarkan serangan roket berteknologi tinggi ke utara Israel.
Serangan besar-besaran itu turut menyasarkan pangkalan tentera rejim Zionis di timur Haifa.
Ia merupakan tindak balas terhadap tindakan rejim Israel menyasarkan orang awam dalam serangan di bandar Nabatiyeh, selatan Lubnan awal minggu ini, mengorbankan 25 orang.
Selain pembunuhan Setiausaha Agung Hizbullah, Sayed Hassan Nasrallah pada 27 September lepas
Bulan lalu, Israel meningkatkan serangan udaranya ke atas Lubnan.
Kementerian Kesihatan Lubnan berkata dua orang terbunuh pada Sabtu dalam serangan Israel di sebuah lebuh raya utama di utara Beirut.
Setakat ini, serangan rejim Zionis ke atas Hizbullah telah mengorbankan sekurang-kurangnya 1,418 orang di Lubnan,
"Walaupun angka sebenar mungkin lebih tinggi", menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.-AFP