GAZA, 20 November - 27 terbunuh dalam serangan udara terbaharu Zionis, dengan Israel dan Hamas saling menuding antara satu sama lain, melanggar gencatan senjata.
Serangan berkenaan mencatatkan angka kematian tertinggi, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa bulan lepas yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Menurut Agensi Pertahanan Awam Gaza, 14 nyawa terkorban di utara Gaza manakala di Khan Yunis, 13 yang lain dilapor terbunuh.
AFP yang menghubungi dua hospital telah mengesahkan angka korban yang sama.
Tentera Zionis mendakwa Hamas melakukan serangan di selatan sekaligus melanggar perjanjian gencatan senjata, dan Hamas telah menafikan tuduhan berkenaan.
Sekatan media di Gaza, menyukarkan AFP untuk mengesahkan angka korban yang terperinci dan maklumat yang diberi kedua-dua pihak.
Statistik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan lebih 280 penduduk terkorban akibat serangan berulang Zionis, sepanjang tempoh gencatan senjata. - AFP