fb fb fb fb fb

Gaza 'neraka di bumi' untuk 1 juta kanak-kanak

Foto AFP

GENEVA, 19 Oktober - Sejuta kanak-kanak di Gaza hidup dalam keadaan sengsara.

Sekurang-kurangya 40 kanak-kanak dibunuh setiap hari sepanjang tahun lalu.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata kanak-kanak di Gaza terus mengalami kecederaan harian yang teruk.

"Gaza adalah neraka di bumi untuk satu juta kanak-kanak dan ia semakin teruk hari demi hari," katanya kepada pemberita.

Elder berkata, sejak serangan maut Israel pada 7 Oktober, angka kematian dalam kalangan kanak-kanak di Gaza melebihi 14,100.

Sekurang-kurangnya 35 hingga 40 kanak-kanak perempuan dan lelaki dibunuh setiap hari.

"UNICEF sudah memberi amaran bahawa Gaza menjadi tanah perkuburan untuk beribu-ribu kanak-kanak setahun lalu," katanya.

Disember lalu, agensi itu telah mengisytiharkan Gaza tempat paling berbahaya di dunia untuk kanak-kanak.-AFP

Trainee2