fb fb fb fb fb

33 orang maut dalam serangan Israel di Jabalia

Foto AFP

GAZA, 19 Oktober - Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di kem pelarian Jabalia, utara Gaza.

Berpuluh-puluh lagi cedera.

Menurut kenyataan Pertahanan Awam Gaza, tentera Israel turut menyerang sebuah rumah di Beit Lahiya, mencederakan tujuh orang.

Sejak 6 Oktober, Israel melancarkan serangan baharu di utara Gaza, termasuk sekitar Jabalia.

Di bandar Gaza, empat rakyat Palestin maut dalam serangan dron Israel di kejiranan Al-Nusra.

Manakala kira-kira lima orang terkorban selepas Israel mengebom kem pelarian Maghazi di tengah Gaza.

Trainee2