fb fb fb fb fb

Ceroboh Ukraine, Rusia cabuli undang-undang antarabangsa - PBB

Pertemuan Guterres dan Putin di luar sidang kemuncak BRICS di Rusia./Foto AFP

KAZAN, 25 Oktober- Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengingatkan Presiden Rusia, Vladimir Putin bahawa pencerobohan ke atas Ukraine melanggar piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Perkara itu ditegaskan Guterres semasa pertemuannya dengan Putin di luar sidang kemuncak BRICS di Rusia.

Pada pertemuan itu, beliau turut menggesa Moscow "berdamai secara adil" dengan Kyiv, serta menekankan komitmennya untuk mewujudkan zon bebas pelayaran di Laut Hitam.

Menurut Setiausaha Agung PBB tersebut, langkah itu penting bagi kesejahteraan Ukraine dan Rusia, serta menjamin keselamatan bekalan makanan dan tenaga global.

Beliau juga menyokong penuh kesinambungan rundingan antara kedua-dua negara mengenai perkara terbabit.

Laut Hitam merupakan laluan perdagangan penting untuk Ukraine, salah satu pengeksport bijirin terbesar di dunia.

Bagaimanapun, ia tergendala selepas tercetusnya konflik antara kedua-dua negara sejak Februari 2022. Walaupun pelbagai usaha dilaksanakan bagi meneruskan perdagangan melalui pewujudan koridor maritim. - AFP

Trainee2