fb fb fb fb fb

Helikopter terhempas, tiga terkorban di Nigeria

Foto Hiasan

ABUJA, 25 Oktober-Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban selepas sebuah helikopter yang dalam perjalanan ke pelantar minyak luar pesisir di Nigeria terhempas, semalam.

Menurut kenyataan Syarikat Petroleum Nasional Nigeria (NNPC) di platform X, ketika kejadian, helikopter itu membawa enam penumpang dan dua anak kapal.

"Helikopter yang disewa NNPC terputus hubungan pada pukul 11.00 pagi.

"Setakat ini, tiga mayat telah ditemukan, dan operasi mencari serta menyelamat masih diteruskan," menurut kenyataan itu.

NNPC turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap mereka yang hilang segera ditemukan. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM