fb fb fb fb fb

Israel lancar serangan udara di selatan Beirut

Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan di selatan Beirut / Foto AFP

BEIRUT, 25 Oktober- Israel melancarkan serangan udara ke atas beberapa kawasan di selatan Beirut, semalam.

Menerusi media rasmi Lubnan, serangan tersebut dilakukan kira-kira setengah jam selepas pihak penceroboh mengeluarkan amaran pemindahan di kawasan berkenaan.

Antara kawasan yang diserang termasuk Choueifat, Haret Hreik, dan Hadath, yang didakwa sebagai kubu kuat Hizbullah.

Terdahulu, media negara Lubnan mengesahkan beberapa serangan, manakala rakaman video menunjukkan kepulan asap di udara selepas serangan tersebut.

Setakat ini, serangan Israel di Lubnan telah meragut lebih 1,580 nyawa. - AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM