GAZA, 25 Januari- Gencatan senjata antara Israel-Hamas membenarkan 600 trak bantuan memasuki Gaza setiap hari selama enam minggu pertama, dengan separuh daripada bantuan tersebut dihantar ke utara Gaza.
Menerusi video yang dikeluarkan oleh Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA), pekerja-pekerja dilihat mengedarkan bantuan di utara Gaza sebagai sebahagian daripada usaha agensi tersebut untuk memberikan bantuan kemanusiaan selepas perjanjian gencatan senjata.
Sepanjang konflik selama 15 bulan itu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) menghadapi banyak cabaran dalam melaksanakan misi kemanusiaan.
Ini termasuk operasi tentera Israel, sekatan akses, dan rompakan oleh kumpulan bersenjata. - REUTERS
BERITA BERKAITAN:
- Hari kelima gencatan senjata, lebih 600 trak bantuan masuk Gaza
- Qatar yakin dengan intipati perjanjian gencatan senjata
- PBB: Tiada rampasan bantuan di Gaza sejak gencatan senjata
- EU sambut baik gencatan senjata di Gaza
- KRONOLOGI GENCATAN SENJATA GAZA-ISRAEL (1)
- Lebih 550 trak bantuan memasuki Gaza hari pertama gencatan senjata