GAZA, 24 Januari- Sebanyak 653 trak bantuan memasuki Gaza pada Khamis, hari kelima gencatan senjata antara Israel-Hamas, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (OCHA).
"Jumlah besar bantuan kemanusiaan terus dihantar ke Gaza melalui lintasan Erez dan Zikim di utara serta lintasan Kerem Shalom di selatan," menurut kenyataan OCHA.
Sementara itu, Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Farhan Haq berkata pengagihan makanan bulanan dengan rangsum penuh telah dilaksanakan di kawasan selatan dan tengah Gaza.
"Kargo bantuan dan petugas kemanusiaan kini bergerak ke kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak dapat diakses, terutama akibat sekatan berterusan Israel," katanya kepada wartawan di ibu pejabat PBB.- REUTERS
BERITA BERKAITAN: