TULKARM, 24 Januari- Tentera Israel telah menutup pusat pemeriksaan tentera Jabara di pintu masuk selatan Tulkarm pada Khamis.
Menurut agensi berita Palestin (WAFA), saksi melaporkan bahawa pasukan itu menempatkan kenderaan tentera berhampiran pusat pemeriksaan bersama anggota tentera infantri.
Tindakan itu menghalang kenderaan Palestin daripada memasuki atau meninggalkan bandar tersebut.
"Sejak gencatan senjata di Gaza berkuat kuasa pada Ahad lalu, Israel telah meningkatkan sekatan pergerakan di seluruh Tebing Barat.
"Ini termasuk mendirikan pusat pemeriksaan dan memasang pintu pagar besi di pintu masuk ke kampung serta bandar Palestin," lapor WAFA.
Suruhanjaya Penentangan Tembok dan Penempatan pula melaporkan bahawa jumlah pusat pemeriksaan tentera serta pintu pagar besi yang dipasang oleh pasukan Israel di Tebing Barat kini meningkat kepada 898.
Daripada jumlah tersebut, 18 pintu pagar dipasang sejak awal 2025, manakala 146 dipasang selepas 7 Oktober 2023.