fb fb fb fb fb

Qatar yakin dengan intipati perjanjian gencatan senjata

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari/Foto X Kementerian Luar Qatar

DOHA, 21 Januari - Qatar yakin bahawa perjanjian gencatan senjata yang dimeterai bersama Amerika Syarikat dan Mesir telah menangani semua isu utama dalam konflik antara Israel dan Hamas, menurut jurucakap Kementerian Luar Qatar pada Selasa.

"Kami yakin dengan perjanjian ini, dari segi kandungan dan fakta bahawa semua isu penting telah dibincangkan," kata Majed al-Ansari dalam satu sidang media, sambil menyatakan bahawa Qatar percaya kedua-dua pihak akan melaksanakan perjanjian tersebut.

Namun, beliau memberi amaran bahawa sebarang pelanggaran atau keputusan politik daripada mana-mana pihak boleh menyebabkan perjanjian itu gagal.

Perjanjian gencatan senjata yang diumumkan Rabu lalu dan berkuat kuasa Ahad, menamatkan perang selama 15 bulan yang menghancurkan Gaza.

Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meragui kestabilan jangka panjang perjanjian itu, apabila beliau menjawab, "Saya tidak yakin," ketika ditanya sama ada kedua-dua pihak akan mengekalkan gencatan senjata.

Ansari, bagaimanapun, menegaskan bahawa Qatar merasakan pentadbiran Trump menyokong perjanjian itu. - AFP

GRACE AISYAH KEDAYAN